Takdir Penentu Segala


Pertemuan antara dua hati,
Melengkapkan fitrah hidup insani,
Bersaksi di langit terpatri di bumi 
Mendamba kasih memuji Ilahi 


Antara dua hati
Ibrahim dan Akma ditakdir Ilahi,
Bersatu atas lafaz nan suci,
Ijab bersaksi qabul merestui


Dua hati
Teguh bila disayangi,
Kukuh untuk mencintai 
Kerana kasih itu safi


Hati
Mendamba kasih memuji Ilahi
Ijab bersaksi qabul merestui
Kalimah cinta harum mewangi 
Sesegar rahmat sesuci kasih Ilahi


0 comments:

Catat Ulasan