Buatmu...Kesayanganku

Isteri kesayanganku, 
jagalah setiap langkah dan tindakanmu. bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu. malu yang bertunjang kepada keimanan dan ketaqwaan. jadilah seperti sebuah permata jangan pula menjadi seperti serpihan kaca. jangan biar dirimu dieksploitasi demi kepentingan tertentu. sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. kau adalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu. 


Isteriku Akma, 
tak mungkin diri yang lemah ini mampu menilai setiap dari kamu, tapi pesanku ikhlaskan diri kerana Allah. hiasilah dirimu dengan titisan wuduk, tundukkan pandanganmu, jagalah muamalatmu, susun tutur katamu, pelihara harta kehormatanmu kerana engkau adalah muslimah idamanku. 
biar bidadari cemburu padamu... 
wallahua'allam

(tinta abang)

0 comments:

Catat Ulasan