Mawar Buatmu Wanita (2)


“Angin… Pertama kali niatku diragui, Aku tersentak dgn katamu, Pandai kau menilai hati budiku. Sdg kau tak pernah menyelaminya. Di mana letaknya keadilan yg diwar-warkan Dia atas a-ardh yg fana ini..?.” 

“Maafkan aku wardah.. Bukan itu maksudku… Tapi, mengapa begitu emosi kau wardah? Mungkin terkena benar bicaraku yg bakal menyentuh hati lembutmu wardah, Ternyata ada lagi yg kau simpan dr kelihatan oleh dunia nyata, Perlu utk apa begitu wardah? Aku ada utk kau nyatakan, Itu pun selagi Allah masih membenarkan gerakku di kelilingmu wahai wardahku, Jgn kau tangisi bila tiba masanya aku tiada lagi, Tiada lagi ruang utkmu terhadapku…” 

Wardah tertunduk…kelopaknya makin layu, Warnanya makin pudar, Entah ke mana hilangnya sinar merah hatinya. Membuatkan ramai makhluk Terpikat… Teringat wardah pada sapa sang angin dahulunya… “Wardah, jangan kau tarik perhatian makhluk, Tariklah hatinya wardah…” 
Wardah tersedu tanpa air mata, Gugur titis jernih bukan dari tubir mtanya, Tp dari kelopaknya yg masih menyimpan embun pagi yg berbaki”.. 

“Kau bersedih wardah?  Maafkan aku andai bicaraku melukaimu, Bukan niatku utk membuat kau berduka, Aku punya banyak misi lain yg perlu kulakukan, Dan pastinya ini bukan pkr yg aku idamkan wardah… Harapku, samada aku ada ataupun tidak, Kau kekal ceria wardah, Aku ingin kau sentiasa sarat dgn kasih sayangNya, Jaminan yg aku amat menyayangimu… Ini pasti sekali wardah. Krn aku yakin tak mungkin kasihku yg bakal atau tidak kusemaikan padamu, Mengatasi kasihNya… Ini bukti cintaku wardah… Cintaku pada makhlukNya semata2 krnNya jua… Fahamilah butir kataku yg tidak indah susunannya ini wahai wardah…!” 

Wardah diam membisu.. Kata sang angin benar, Biar berkuntum bencinya, Biar bersemai kecewanya, Biar tak terungkai isi hatinya… Bercucuran air mata si wardah berduri, Kerana rindu yg tak pernah padam… Cinta kasih dan rindu padaMu, Mg rinduku kan terubat, Lantaran kasihMu yg murni, Tangisan rinduku hanya utkMu Saat yg berlalu terus kutunggu,, Tangisanku mendayu2, Mengharap kasih dr yg Satu. Kutahu cintaku terbalas krn Dialah pemilik cinta sejati 

“Indahnya bait katamu…” Tiba-tiba wardah teringatkan sahibahnya yg tersayang, Biar tak berkait dgn apa yg dirasakannya… Ahh..begitu pandai si wardah melindungi rasa hatinya, Atas sebab apa…mungkin utk menutup aibnya sendiri, Lakukanlah wardah, asal ada batas yg terus melingkungi taman hatimu… 

Inilah kata sang bunga serikandi ummah itu….. Masih segar di ingatannya wardah… “Wahai wanita solehah, Jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yg bijaksana itu, Tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan, Senyuman, bicara manja yang menggoda Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya, Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita andai belum sampai juga Rezekimu, anggaplah bahawa lelaki yg dinantikan itu Sedang membina sahsiah kepimpinannya bg memimpin dirimu, Krn pd wanita itu pasti ada kekurangannya Dan lelaki yg benar2 layak pasti hadir utk melengkapkan kekurangan pd dirimu”

Wardah membeku.. Yang pasti perjalanan kehidupannya akan terus terlakar, Selagi esok kelopaknya belum kering sepenuhnya….. 
Subhanallah…

Akma, semoga titipan ini bisa mencetus secebis pedoman buatmu menempuh ranjau perjalannan yang berliku... berbanggalah menjadi wanita.... Semoga syauqah wardah jadi milikmu....

Mawar Buatmu Wanita (1)


Zaujahku Akma, sebuah bingkisan buat renungan....
Sekuntum mawar itu, Meliuk lemah bukannya lembut, Angin memainkan kelopaknya taqwa, Berguguran layu imannya luruh…
Bertanya sang angin… “Mengapa kau wardah…? Ku lihat kuntummu hilang serinya… Warnamu tak seceria dulu… Gerakmu bagai tak berhaluan….” 

Wardah terus dipukul bayu, Soalan sang angin berlalu begitu sahaja, Tiba lagi gerangan sang angin yang tak henti bertiup, “Khabarkan padaku wardah… Kengapa kau wahai penyeri alam? 
Khabarkan agar aku bisa mendengarnya… Jangan kau turut sama menyuramkan seri hidupku wardah…!” 

Angin pergi lagi mengikut gerak sunnatullah, Betapa makhluk itu tidak pernah derhaka pada aturan yg Allah tetapkan… Sedang aku..? wardah yang bersembunyi di balik zahirnya yg dipuja…  

Kononnnya akulah wardah yg harum itu. Akulah wardah yg indah warna pekertinya, Akulah wardah itu… yg cantik tingkahnya, Akulah wardah itu… terpelihara dek syauqah yg berbisanya iman… Akulah… akulah… akulah kononnya wardah penghias dan penyeri alam fana ini…

“Angin, di mana kau? Ingin kuluahkan apa yg terbuku di hati ini, Yg terlindung di balik kelopak mekar yg subur dulunya dgn siraman air keimanan…” 

“Aku masih di sini wardah.. Aku sentiasa di sisimu tanpa kau sedari.. Tapi tak mungkin tak dapat kau rasakan hadirnya aku wardah..? Atau sengaja kau nafikan utk menurut kehendak nafsumu?” 

“Ah…atas dasar apakah kata2mu ini wahai angin? Terasa benar bisanya utkku.. Kau tahu dengan tajamnya katamu boleh merobek kelopak hatiku yg makin layu ini? Dengan katamu itu boleh terungkai kelopak ini dari persadanya taqwa? Sampai hatimu angin… kau hadir tp bagaikan tiada… kau hilang dan menjelma dgn tuduhan yg sarat melulu.. Pedihnya tusukan syauqahku tak setanding bisanya katamu… Tidak layak kau menjadi pelindungku…!”

“Itu katamu wardahku sayang…! Pernah kau fikirkan apa yg kau lafazkan? Selari dgn niatmu?”
                                            ..........bersambung di catatan akan datang

Pohon Semalu Dan Sebuah Cerita


Sayangku... dengarkan sebuah cerita sepohon semalu. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. 

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. 

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). 

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. 

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. 

Sememangnya Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya. Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.
Wassalam...




Kerana Dia Pilihanku


Lelaki pilihanku adalah seorang lelaki yang beriman 
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah 
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam 
Yang sentiasa haus dengan ilmu 
Yang sentiasa dahaga akan pahala 
Yang solatnya adalah maruah dirinya 
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar 
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu 
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang 
yang berjuang di jalan Allah 


Lelaki pilihanku adalah lelaki yang menjaga tutur katanya 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya 
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang 
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak 
mempunyai musuh yang bersifat jembalang 


Lelaki pilihanku adalah lelaki yang menghormati ibunya 
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga 
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga 
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat 


Lelaki pilihanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam 
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara 
Yang menjaga matanya dari berbelanja 
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya 

Lelaki pilihanku tidak pernah membazirkan masa 
Matanya kepenatan kerana penat membaca 
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir 
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan 
Bangunnya subuh penuh kercergasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh 
kematangan 


Lelaki pilihanku sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga 
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik 
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian 
Lelaki idaman saya adalah lelaki 
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia 
Kerana dia mengimpikan syurga 
Di situlah rumah idamannya 
Dan dia ingin membawa kubersama 
Dialah lelaki pilihanku, suamiku...


Hadirnya Cinta


cinta teragung ku harap hanya padaMu Rabbul Izzati…
cinta kedua pada kasih abah dan ibu…
cinta ketiga ku persembahkan pada seorang lelaki…
hadirnya bukan untuk sepintas lalu...
ianya hingga ke Jannah abadi…


abuya kepada zuriat soleh solehah
suami kepada insan kealpaan
memberi semangat saat kegelapan
memberi senyuman saat kegembiraan
bersama sendu saat kesayuan…


hadirnya cinta mendidik jiwa…
sentiasa waspada dengan kata-kata,
kerna ku yakin janji Allah yang Satu,
lelaki yang baik untuk wanita yg baik,
begitulah sebaliknya…

(Terima Kasih Abang, atas cinta ini.....)

Siapalah Daku Untuk Memiliki

Siapalah daku untuk memiliki. Segala puji hanya bagiMu Tuhan. Lantaran telah menjadikan daku, seorang wanita. Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam. Dengan seindah dan sebaik ciptaan. Daku….. Si tulang bengkok, Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan. Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah, Hasil doa seorang lelaki.

Namun Ya Allah... Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya. Kiranya daku menjadi seorang isteri, Kurniakanlah padaku kekuatan, Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid, Pengembang perjuangan disayap kiri. Diadun dengan kelembutan, Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa, Seanggun peribadi Saidatina Khadijah, Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan, Yang memiliki sembilan nafsu, Merdeka dari kepentingan peribadi, Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali. Dihantar pemergiannya tanpa bertanya, “Bila kan pulang?”. Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan. Bersulamkan kemesraan. Rumahtangga adalah syurga, Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah. Akal yang tunggal tidak dibiarkan, Hanya berlega dicelahan periuk belanga. Di sebalik lipatan lampin anak. Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat, Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!


Namun Ya Tuhan... Siapalah daku untuk memiliki, Watak wanita solehah pendamping nabi. Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati. Maka kurniakanlah daku, Sekeping hati yang sentiasa insaf, Hak seorang suami. Tidak kan mungkin kupenuhi, Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan, Biar telah ku tadahkan wajahku, Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan, Watak seorang ibu, Yang bakal melahirkan, Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar. Menggadai dunia demi kasih Tuhannya. Segigih Zubair Ibnu Awwaam, Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya, Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu....


Jua.... Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah, Rela direbus demi mempertahankan iman. Atau sesuci Maryam, seluruh hidupnya, Mengabdikan diri kepada Tuhan, Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah. Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani, Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi....

Namun.... Mudah-mudahan zuriatku, Bakal menampilkan Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid, Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah, Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah. Yang saling redha berkorban dan dikorbankan, Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman, Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad: “Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia. Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi, Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!” Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka.... Setenang Ummu Faisal, Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi.

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu.... Inilah pengaduan harap dan munajat. Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan “Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita…….".








Puteri Kesayangan Keluarga

Puteri kesayangan keluarga... Kini engkau telah keluar dari sangkar yang di dalamnya engkau telah dibesarkan, berpindah ke tempat tinggal yang engkau belum pernah mengenalinya lagi, dan kepada seorang teman hidup yang engkau belum biasa dengannya. Maka umpamakanlah dirimu itu sebagai sekeping tanah, nescaya ia akan menjadi tiangnya. Kalau engkau menganggap dirimu sebagai jariah, tentulah ia akan menganggap dirinya hamba sahaya.
Jangan membebaninya agar ia tiada meningalkanmu. Jangan menjauhinya agar ia tiada melupaimu. Jika ia mendekatimu setapak, datangilah ia dua tapak. Jika ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik. Jagalah hidungnya, telinganya dan matanya, sehingga ia tiada meencium sesuatu melainkan yang baik-baik, tiada mendengar sesuatu melainkan yang indah-indah dan tiada melihat sesuatu melainkan yang cantik-molek.
Seperti yang diriwayatkan dari Asmak binti Kharijah al-Fizari kepada anaknya ketika hari perlangsungan perkahwinan. 

Hawa Bagiku

Maizatul Akma... Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturmu, lentur hati... telus wajahmu, setelus rasa membisik di jiwa, di matamu cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupmu...  

Maizatul Akma... hatimu penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi... cinta untuk dirasa...  namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, begitu unik tercipta, lembutmu bukan lemah, tabahmu tak perlu pada jasad yang gagah ...  

Maizatul Akma... teman yang setia, buat Abang kaulah Hawa, tetap di sini... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...  

Maizatul Akma... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah...  

Maizatul Akma... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.  
Maizatul Akma...  perlu ada yang membela, agar terdidik jiwa, agar terpelihara... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia. pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahmu ...  

Maizatul Akma... melenturmu perlu kasih sayang, membentukmu perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan...  

Maizatul Akma...  yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari... dirimu terancam dek fitnah, sucimu perlu tabah, cintamu tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwamu, kerna dihambur ucap kata nista, hanya kerana dunia memperdaya... kerna Maizatul Akma, yang hidup di zaman ini... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan..
Maizatul Akma... anugerah istimewa kepada ku!  

Maizatul Akma...  tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahmu taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...  

Maizatul Akma...  moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan... Maizatul Akma dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan Maizatul Akma ... menuju cintaNYA yang ABADI...




Sesejuk Binar Matamu

Isteriku...

Terima kasih

atas sejuk binar matamu

tempat istirah

dari musafirku yang lelah

Isteriku...

Terima kasih

atas teduh senyummu

tempat bernaung

dari hidupku yang sepi

Isteriku...

Terima kasih

atas sebentuk cinta putih

hatimu yang lapang

tempatku bermain layang 

setelah kau kenalkan aku

pada bunga-bunga di taman hatimu

Di pelukanmu aku merasa

menjadi kanak kembali

yang manja minta cerita

tentang bidadari di syurga

Isterimu Bukan Sesiapa


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Abang, Sebelum pena ini mula menari menulis apa yang direncana, aku doakan agar ia jauh daripada fitnah syaitan laknatullah apatah lagi daripada murka Allah S.W.T. Walaupun terasa sangat berat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati namun dengan izin Allah S.W.T, aku yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu oleh petunjuk Allah S.W.T. untuk aku menzahirkan apa yang lama terpendam. Semoga Dia mempermudahkan agar senang difahami dan tidak disalah ertikan nanti. 

Sesungguhnya apa yang berlaku benar-benar menuntut pertimbangan yang waras dan pengorbanan yang jitu andai kita tidak ingin tewas. Segala perlakuan dan tutur bicara abang telah membuatkan aku semakin pantas mengemudi penilaian ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ikatan yang suci kerana Allah S.W.T.?

Alhamdulillah pendidikan agama asuhan keluarga yang disemai sejak kecil masih terpasak teguh membina jati diri aku. Sememangnya penilaian tidak boleh dibuat berdasarkan luaran semata-mata, malah yang lebih penting adalah dalaman insani yang mana kemuliaannya pasti ditunjangi aqidah. Buku tidak dinilai berdasarkan kulitnya semata-mata, ya itu benar. Tetapi siapa tahu apakah yang terbuku di sebalik wajah lahiriah? Apakah tolok yang paling jitu tanpa ralat untuk mengukur darjah keikhlasan seseorang? 
Benar, siapalah aku untuk menilai keikhlasan diri orang lain, apatah lagi mendabik dada mengakui keluhuran hati sendiri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Janganlah hendaknya kita lupa, darjah pangkat manusia di sisi Allah dinilai berdasarkan ketaqwaan kepadaNya. 
 
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah S.W.T., nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (al-Anfal:29) 
Abang, sebelum kita beria-ia mengidamkan kepercayaan manusia atas ketulusan kita, ada baiknya kita persembahkan keluhuran hati itu kepada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya diterima di sisiNya sebagai hamba yang taat itu jauh lebih baik daripada dimuliakan oleh insan dalam tepuk sorak syaitan. Na’uzubillahiminzalik. 
  
Ya Allah, aku memohon keampunanMu andainya aku telah melalaikan khalifahMu di atas bumi ini ya Allah. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu agar memeliharaku daripada menjadi asbab kepada khalifahMu untuk lalai dalam melaksanakan ibadah yang sepatutnya mutlak keranaMu. 
Aku tak minta abang buat sesuatu  keranaku. Siapalah aku untuk didedikasikan apa yang abang lakukan. Aku tak minta dikasihi melebihi Pencipta kita. Sesungguhnya, hanya Dialah yang berhak dicintai melebihi segala-galanya. Dia yang telah menciptakan kita daripada titisan yang hina hingga menjadi manusia yang sempurna, menghirup limpahan nikmatNya dalam setiap titis nafas kita. Aku khuatir, kalau-kalau abang terlupa akan perjuangan kita sebagai da’ie di bumi Allah S.W.T. ini. Kita khalifah yang berkelana di bumi ini dengan amanah yang berat untuk dilaksanakan, kecuali bagi yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Abang, pandanglah hakikat kejadian kita ini dengan mata batin, bukan hanya dengan sepasang mata zahir yang dikurniakan Allah. Kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya, ikhlas keranaNya, bukan kerana hambaNya. 
Janganlah menjadikan diri ini sebagai asbab untuk abang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh. Walaupun selepas kahwin, syurga abang masih terletak di bawah tapak kaki ibu abangi. Sebaliknya, untuk aku, restu suami itu adalah yang paling utama sesudah ijab kabul. Kunci pintu syurga bagi seorang isteri adalah suaminya. 
Ibu bapa mentua sama tarafnya, sama tuntutan ketaatan ke atas mereka, seperti ibu bapa sendiri. Seperti mana aku mengasihi, menyayangi, dan mencintai ibu bapaku, begitu jugalah tumpahnya kasih sayang dan cinta ini kepada mentuaku. Semoga Allah menjadikan segalanya mengikut ketentuanNya. 
Yakinlah dengan janji Allah, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, serta demikianlah juga sebaliknya. Insya-Allah jika kita sama-sama menjaga batas pergaulan yang dituntut syara’, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap Muslim mengimpikan wanita solehah bak bidadari syurga yang bakal memberikan syurga di dunia. Demikian juga Muslimah yang mengimpikan mujahid Allah S.W.T. yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengajaknya kepada Rabbul Izzati ketika dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya bahawa kemanisan iman akan sentiasa menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang selalu memberi peringatan kepadanya tatkala dirinya lupa atau ragu akan nikmat dan rahmat Allah. Subhanallah. 
Sesungguhya telah ditakdirkan terbuka pintu hati ini untuk menerima abang sebagai suami, insya-Allah tanpa ragu-ragu lagi akan diserahkan sepenuhnya cinta ini dengan didasari oleh cinta kepada Ilahi. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah S.W.T., kita merancang dan Allah juga merancang, namun perancangan yang terbaik adalah dari Allah S.W.T. Aku meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah S.W.T. untuk menentukan  zaujku. Aku yakin abanglah yang terbaik untuk diri ku kerana Allah telah menetapkannya. Harapnya abang pun begitu juga. Semoga Allah mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita dengan insan yang diredhaiNya. Letakkanlah keyakinan, gantungkanlah harapan dengan Allah. Redhalah dengan ketetapanNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui segalanya! 

Ya Rabbi, diriku telah meletakkan dan memberikan sepenuhnya hati ini kepadaMu untuk dilindungi daripada sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemuliaannya. Oh Allah S.W.T., andainya hati ini ingin Kau berikan kepada makhluk ciptaanMu, berikanlah kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu supaya hatiku tidak pernah berhenti daripada berzikir kepadaMu dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya Allah. 

Wassalam...




Dirimu Dalam Doaku

Maizatul Akma, isteri yang abang kasihi 
Yang bersyukur pada apa yang ada 
Yang bersabar pada apa yang tiada 
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda 


Maizatul Akma, isteri yang abang cintai 
Menjadi dian pada dirinya sendiri 
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan 
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari 

Sesungguhnya  
Wanita yang selalu berada di dalam doa abang
Adalah dirimu…



Bunga di taman ayahbonda


Seindah mawar yang menguntum. Seharum bauan nan mewangi. Tumbuhnya dikau di taman hati Kedua ayahbonda yang dihormati..

Isteriku Akma... KejelitaanMu tiada ukur tara. Bukanlah pada paras diwajah. Tapi keayuanmu datangnya Dari hati yg beriman lagi bertaqwa. Letaknya harga diriMu, Bukanlah dengan bergaya pakaianmu. Itulah benteng yang menunjukkan Seorang muslimah yang jitu. Iman disanubari adalah mahkota yang tidak ternilai. Janganlah biarkan ia dirampas hancur berkecai
Akma yang dicintai... Sesungguhnya, Jikalau Iman teguh didada, Gundah gulana dapat dijajah. Taqwa yg kau semadikan Dalam diri yang penuh dengan pencarian..

Ya Allah mudahkan kami jalani kehidupan, Dengan penuh keredhaan. Demikian itu, Jagalah dirimu seperti dikau menjaga harta kesayanganmu..

Sayangku... dikau ibarat rama-rama, Selagi warna sayapmu tidak terurai, Selagi itulah dikau diMinati dan diSayangi....


Terima Kasih Suamiku

Abang, Terima kasih kerana memilih aku untuk jadi isterimu. Mengambil tanggungjawab utk menjaga aku daripada ibu dan abah adalah satu pengorbanan yang sangat besar buatku. Doakanlah agar isterimu ini menjadi seorang yang tahu berterima kasih dan membalasi kebaikan darimu. Moga2 aku dari kalangan wanita yang pandai memberi harga kepada seorang yang bernama suaminya.

Abang, Membina rumahtangga adalah satu jual beli yang mencabar sekali. Dunia perniagaan ini penuh dengan untung dan rugi. Jatuh dan bangun aku belum pasti. Apakah aku pandai bersikap diwaktu2 mendapat untung, aku belum pasti. Dan lebih2 lagi aku tidak dapat berjanji bahawa aku mampu menghadapi saat2 yang merugikan.

Aku takut wahai suami, melihatkan berapa ramai isteri2 yang bermusuhan dengan suami yang dicintai dihari2 mereka diuji oleh Tuhan. Sehari sebelum, diwaktu nikmat, mereka ketawa ria, tapi hanya besoknya mereka dilanda ujian yang membawa perceraian. Rasulullah kan sudah beritahu, didalam neraka kelihatan ramai wanita kerana penyakit kufur nikmat.

Aku merayu padamu abang, tolong doakan aku, supaya isterimu ini adalah seorang yang boleh memaafkan, taat setia dan sabar serta syukur nikmat. Moga2 rumahtanga kita adalah masjid yang menaungi jemaah islamiyah, tapak kepada ummah.

Akhirnya wahai suamiku, aku pohon izinmu untuk ikut memperjuangkan agar rumahtangga ini benar2 menjadi masyarakat Islam contoh kepada generasi masa kini.

Rahsia Terpendam

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Ciptaan Terindah

ALLAH berfirman, "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Sesungguhnya.... Isteriku
Ketahuilah, Setiap Wanita itu Cantik...

Pemilik Segala Cinta

Sesungguhnya sayangku…
Aku tidak pernah memiliki dirimu…
dan kau jua tidak memiliki diriku....
Mengertilah....
kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa....
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita....
kecuali Dia....
Dia mengasihi hambaNya....
Dia memiliki hambaNya....
Dan ke pangkuan Dia kita kembali....