Terima Kasih Suamiku

Abang, Terima kasih kerana memilih aku untuk jadi isterimu. Mengambil tanggungjawab utk menjaga aku daripada ibu dan abah adalah satu pengorbanan yang sangat besar buatku. Doakanlah agar isterimu ini menjadi seorang yang tahu berterima kasih dan membalasi kebaikan darimu. Moga2 aku dari kalangan wanita yang pandai memberi harga kepada seorang yang bernama suaminya.

Abang, Membina rumahtangga adalah satu jual beli yang mencabar sekali. Dunia perniagaan ini penuh dengan untung dan rugi. Jatuh dan bangun aku belum pasti. Apakah aku pandai bersikap diwaktu2 mendapat untung, aku belum pasti. Dan lebih2 lagi aku tidak dapat berjanji bahawa aku mampu menghadapi saat2 yang merugikan.

Aku takut wahai suami, melihatkan berapa ramai isteri2 yang bermusuhan dengan suami yang dicintai dihari2 mereka diuji oleh Tuhan. Sehari sebelum, diwaktu nikmat, mereka ketawa ria, tapi hanya besoknya mereka dilanda ujian yang membawa perceraian. Rasulullah kan sudah beritahu, didalam neraka kelihatan ramai wanita kerana penyakit kufur nikmat.

Aku merayu padamu abang, tolong doakan aku, supaya isterimu ini adalah seorang yang boleh memaafkan, taat setia dan sabar serta syukur nikmat. Moga2 rumahtanga kita adalah masjid yang menaungi jemaah islamiyah, tapak kepada ummah.

Akhirnya wahai suamiku, aku pohon izinmu untuk ikut memperjuangkan agar rumahtangga ini benar2 menjadi masyarakat Islam contoh kepada generasi masa kini.

0 comments:

Catat Ulasan