Puteri kesayangan keluarga... Kini engkau telah keluar dari sangkar yang di dalamnya engkau telah dibesarkan, berpindah ke tempat tinggal yang engkau belum pernah mengenalinya lagi, dan kepada seorang teman hidup yang engkau belum biasa dengannya. Maka umpamakanlah dirimu itu sebagai sekeping tanah, nescaya ia akan menjadi tiangnya. Kalau engkau menganggap dirimu sebagai jariah, tentulah ia akan menganggap dirinya hamba sahaya. Semoga pohonan cinta bersemi... Daunan rindu merimbun di hati... Di bawah rahmat dan kasih Ilahi...
Puteri Kesayangan Keluarga
Posted by Baim & Akma at 5:12 PTG 0 comments
Puteri kesayangan keluarga... Kini engkau telah keluar dari sangkar yang di dalamnya engkau telah dibesarkan, berpindah ke tempat tinggal yang engkau belum pernah mengenalinya lagi, dan kepada seorang teman hidup yang engkau belum biasa dengannya. Maka umpamakanlah dirimu itu sebagai sekeping tanah, nescaya ia akan menjadi tiangnya. Kalau engkau menganggap dirimu sebagai jariah, tentulah ia akan menganggap dirinya hamba sahaya. Wasiat Buatku
Posted by Baim & Akma at 1:52 PTG 0 comments
Maizatul Akma, permata hati yang disayangi.... Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, kami percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai. Dan pedoman untuk yang berakal. Andai kami dapat memberikan segala-galanya, Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami.Tetapi! Wanita diciptakan untuk lelaki. Lelaki dicipta untuk wanita. Bercerailah kau dari ayunan buaianmu. Meninggalkan teratak tempat besarmu. Melangkah menuju ke alam baru. Yang belum kau kenal yang belum kau biasa...
Bawalah wasiat dari kami, Sepuluh sifat Sebagai bekalan perjalananmu Menuju alam bahagia.
Relakan dirimu sekadar yang ada. Semoga suci hatimu dengan taat setia. Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu.. Jauhkan dirimu dari segala yang jelek. Yang dihidu atau dipandang mata. Juga awasi gerak lakumu, Agar tidak sumbang mengguris rasa...
Sembunyikan suram wajahmu, Gantikan ia dengan sinar Secerah suria pagi. Dan badan yang semerbak harum, Bermandikan wangian kasturi....
Mata berpasak, kening bercelak, Itu menambah seri, Itu membangkitkan berahi. Dan...Air cukup memada, Bagi yang tiada...
Jaga masa makannya. Jaga waktu tidurnya. Kerana, Perut kosong hilang bicara. Mata mengantuk hilang kesabaran di dada...
Kunci mulutmu. Tabahkan hatimu. Badanmu terselamat. Jiwa temanmu tidak terseksa...
Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka. Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira. Akibat aksi tidak senada, Hilang simpatimu disebab pertama. Keruh suasana disebab kedua...
Hulurkan tanganmu.... Andai kau menghulur sebelah tangan. Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan, Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan...
Ketahuilah! Kasihmu tidak sampai kerana, Jika hatimu berdua tidak sejiwa. Kasih kau, kasihlah dia, Benci kau, bencilah dia. Allah saja yang menentukan nasibmu.....
Kau bawalah wasiat kami ini dan sampaikan salam kami kepada suamimu...Bukan Tidak Tega, Tapi Terlalu Cinta!
Posted by Baim & Akma at 4:45 PTG 0 commentsCinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?
Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak kau membisikkan bahawa hatimu telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihanmu? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?
Namun… Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.
Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?
Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatimu setelah kau bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi……
aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika kau begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaramu yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibumu. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang ABAH!