Hakikat Tersurat


Abang....
Usah diimpikan selaut sutera keindahan
Usah diigaukan kasih yang mengunung tanpa puncak
Juga usah abang harapkan
Kesempurnaan diri ini


Aku bukan Siti Khadijah
Mahupun permata Siti Fatimah
Aku bukan Siti Aisyah
Mahupun Ummul Mukminin lain
Bukan juga Rabiatul Adawiyah
Wanita sufi terpuji
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam
Masyitah, Asiah, Sumaiyah


Mengertilah dengan waras keislaman
Aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang masih cuba mempertahankan maruah
Dan kesucian diri sebagai muslimah
Berlandaskan garisannya
Dalam mengharungi kegawatan masa kini
Yang serba palsu dan penuh onak diri 
Dengan kemampuan sekuman cuma


Demi keranaNya semata
Tidak kutagih apa-apa darimu
Cuma kupohon sebuah pengertian
Dan kasih sayang suci
Bahawa aku adalah amanat untukmu
Yang telah ditakdirkan bersamamu


0 comments:

Catat Ulasan