Aku melangkah setapak demi setapak. Mencari sesuatu yang tak pasti. Berbekalkan tekad dan semangat dalam diri, Ku yakin aku kan gah berdiri, Pelbagai ragam makhluk kutemui.. Sedang fikiranku..imanku..giat menganalisis.. Apakah yang ku cari selama ini? Tidak pasti..
Ku teruskan perjalananku.. Dalam sunyi..sepi..hanya aku dan diriku.. namun kerap kali hati ini goyah.. dek nafsu dan syaitan menitip bisikan.. Aku tersungkur..aku cuba berpaut.. Kugagahi tubuhku untuk terus berjalan..
Berjalan dan terus berjalan..
Tiba-tiba ku tersedar akan kekurangan yang ada, kesunyian yang kualami, kelemahan yang kurasai.. Aku perlukan sokongan.. Aku perlukan pembakar semangat.. Aku perlukan seseorang yang boleh mengingatkan.. Aku perlukan tempat berkongsi suka dan duka..

Tanpa kusedari..aku sedang diuji.. Ya! aku perlukan teman sejati.. Namun hatiku salah menilai.. Sedang aku terlupa, disisiku ramai ikhwah yang setia menanti di perhentian suci.. Dalam berjuta, engkau suntinganku.. "Maizatul Akma"
Aku singgah di perhentian suci itu… Hati ni mula terbelai dengan kalimah-kalimahNYA.. Persoalan di benakku kian terjawab.. Air mata mengalir laju tatkala episod lalu bermain di fikiran..
YA ALLAH.. maafkanlah hambamu ini.. Benar cintaMU tiada tandingan.. dan di perhentian ini mengajarku seribu satu kebaikan
Tuhan.. moga saat ini, di perhentian ini..kebahagiaan bermula...
0 comments:
Catat Ulasan