Bicara Hati

Atas tautan hati, juga atas satu dasar yg kukuh, nan Aqidah Muslim, nukilan ini kami layangkan warkah buat tatapan yang sudi..

Maizatul Akma, isteriku... Engkau sedia maklum, Engkaulah hiasan dunia, Lantaran fitrah itu, Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu, Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu, Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Suamiku, Ibrahim.... Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki, Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi, Dan tentulah temanmu yg diimpi, Seorang serikandi..

Maizatul Akma, isteriku... Aku mengetahui halusnya perasaanmu, Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai, Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai.. Dan aku juga tahu, Suamimu ini juga begitu..


Tetapi Maizatul Akma, isteriku... Ketahuilah engkau, Bercinta itu fitrah, Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah. Kalau benar engkau mengasihiku, kasihilah kerana Pencipta Fitrah..

Wahai suamiku, Ibrahim... Andai engkau mencintaiku, Cintailah keranaNya, Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada ku...

Lantaran itu, Dengarlah sedikit pesan ikhlas kami LILLAH, Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta? Bercinta tak salah, Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki, Dan engkau kan merasa cinta manusia.. Sedikit cuma..

Andai Dia yg engkau dahului, Engkau takkan gelisah, Andai dia tidak mengirim sebarang sms, Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata, Engkau tidakkan rindu, Andai sehari tidak besua, Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love you. Kerana engkau percaya.. DIA yg terbaik..


Lantaran DIA yg Maha Mengetahui, DIA akan menentukan yg terbaik untukmu, Dan andai dia yg terbaik untukmu, DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN..


Dan itulah yg terbaik buat kalian, Kalau ada jodoh tak ke mana.. Yakinlah! Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan kami teman, andai Bicara ini penuh ketegasan, kami membenci yang munkar itu, Dan kerana kami takutkan api yg menjunam itu, kami menegur yg mana mampu, Kerana kami takut, Andai aku tidak menegurmu, Kita kan sama2 meredah lautan api... Yang terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!! Nauzubillah min zalik

Sama2lah kita, Pagarilah iman, Agar si iman itu tidak terlepas, Cintailah DIA, Kerana DIAlah penjaga iman kita.. Yakinlah dengan DIA.. Serahkan segalanya pada DIA.. Kerana DIA tahu yg terbaik, Sedangkan kita tidak.. ALLAHualam.

Akhirul kalam, Letakkan DIA dlm hatimu, Engkau akan merinduiNYA, Andai harimu tiada ingatan kpdNYA, Engkau akan gelisah andai DIA Tidak mendengar rintihanMu, Engkau kan rindu Andai DIA tidak memandangmu, Engkau kan tak keruan andai Doamu ditolak.. Dan itulah cinta hakiki.. Kerana engkau yakin, Di sana adanya sebuah Pertemuan di taman Syurga yg Indah..

0 comments:

Catat Ulasan