Warkah Untuk Suamiku..


Suamiku, ketahuilah, pada dunia abang cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, abanglah duniaku, juga akhiratku.

Suamiku, aku mungkin tidak secantik mana.. tp ketahuilah.. untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah aku disia-siakan.

Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu.. janganlah abang terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula abang gunakan ia untukmembinasakan ku di suatu hari nanti.. tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah. akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..

Suamiku, aku pasti bangga mengandungkan dan melahirkan zuriatmu, dapat kurasakan seolah2 nadiku bersatu dengan nadi mu di saat dia membesar dalam rahimku, inilah hadiah terindah dariku untuk mu, tp..jangan pula kerana anugerah ini, abang menjauh, janganlah menyisihkan aku dan janganlah pula abang sia-siakan kami.. kasihilah kami dan kasihanilah kami seadanya kerana hanya abang tempat kami bernaung.

Suamiku, aku senang jika abang gembira dan aku sedih bila abang berduka..  namun, aku lagi senang jika abang tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku.. usah berselindung dariku, usah berahsia denganku.. kita hidup sebumbung dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.

Suamiku, aku suka melihat abang tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu.. namun, fahamilah.. aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 10 akal.. kadang2 aku leka, aku khilaf, maka.. janganlah kerana kekhilafanku itu, abang mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul… aku mohon agar kau bisa memaafkan aku..

Suamiku, aku isteri yang di ciptakan dari tulang rusukmu yang dekat dengan hati dan lenganmu, untuk dilindungi dan dikasihi.. bukan tercipta dari bahagian kepalamu untuk di sanjung dan bukan pula dari kakimu untuk abang pijak..  kasihilah aku seadanya..

Suamiku, aku tidak meminta istana sebagai rumah kita, intan berlian sebagai perhiasan atau wang berjuta sebagai cagaran.. aku Cuma meminta sedikit belas, sedikit perhatian, sedikit rasa kasih dan sedikit rasa cinta darimu… cukuplah sebuah tempat yang istimewa di hatimu untuk aku menumpang teduh dan bermanja.
Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu.. namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku… aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..

Suamiku… walau ke mana jua aku pergi, aku tidak pernah melupakanmu.. dan aku harap abang juga begitu… jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang datang meggoda.. jangan pernah lupakan aku di rumah yang sentiasa menantimu.

Suamiku, engkaulah syurga ku, yang selalu aku sayang dengan sepenuh jiwaku dan sanggup aku korbankan segala kebahagiaanku untukmu.. fahamilah.. tidak semua yang indah itu baik utk kita dan tidak semua yg busuk itu buruk utk kita.. kita hanya hamba Allah..

Terima kasih suamiku.

0 comments:

Catat Ulasan