Dari rasa menyentuh kalbu.
Dari mana datangnya cinta?
Dari mata turun ke jiwa.
Dari mana datangnya rindu?
Dari hati yang terbelai syahdu.
Dari mana datangnya cinta?
Dari jiwa yang asyik merasa.
Dari mana datangnya cinta.
Dari rindu angkara cerita.
Semoga pohonan cinta bersemi... Daunan rindu merimbun di hati... Di bawah rahmat dan kasih Ilahi...


Maizatul Akma, permata hati yang disayangi.... Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, kami percaya kau telah mewarisi segala-galanya. Tetapi! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai. Dan pedoman untuk yang berakal. Andai kami dapat memberikan segala-galanya, Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami.
Relakan dirimu sekadar yang ada. Semoga suci hatimu dengan taat setia. Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu..
Kau bawalah wasiat kami ini dan sampaikan salam kami kepada suamimu...
Atas tautan hati, juga atas satu dasar yg kukuh, nan Aqidah Muslim, nukilan ini kami layangkan warkah buat tatapan yang sudi..
Maizatul Akma, isteriku... Engkau sedia maklum, Engkaulah hiasan dunia, Lantaran fitrah itu, Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu, Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu, Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai suamiku, Ibrahim... Andai engkau mencintaiku, Cintailah keranaNya, Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada ku...

Usah bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Sesungguhnya zaujahku, tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai zaujahku, wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Bila hati diserah kepada Allah,
Tiada resah tiada gelisah,
Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah,
Hilang rasa gundah hidup rasa indah...
Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa,
Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba...
Pergilah duka, Hapuslah kecewa..
Kerana bahagia telah tiba,
Di dunia ini dan di akhirat sana,
Dengan syarat Iman dan Taqwa,
Kukuh disemai dan tersemat di jiwa..
Di pasu hati, harum mekarnya bunga-bunga rindu,Masjid harapan didiri di sisi.
(Memori Ikatan Kasih Pertunangan - 28/02/2009)
Sepencarian ini rupanya adalah kamu. Hikmah titismu pada kontang pasir membukit menjadi gunung rahmat. Sediaku menangguk dan menggali setiap lubang menjadi perigi, menadah rembesan tanpa kecuali. Setitis tangis pada pipiku ini bukan gerimis hidup, tapi erti syukur yang mengharap. Gelita apakah yang menyesatkan aku sehingga suram bertandang, kabus hidup menutup tepat dugaku. Namun seperti kegilaan yang tidak ada sudahnya, kau hadir dari titis-titis itu, menjanjikan aman bernama doa.
Lihatlah kasih lambaian syurga, setaman rindu bernaung cinta, lagu anginnya membelai jiwa, dari hatiku ke hatimu.Telah kubentangkan seluas hati, dengan redha bahagia dan janji setiamu, bibit ini terus ku simpul jati, utuh bersemadi dalam taman bahagia. Sesegar pohonan rindu, buahnya adalah sayang, himpunlah menjadi manisan kasih, antara kita berdua.Sepoi angin berbisik, menerbangkan daunan resah, tentang esok dan masa depan, dari kelopak harap bernama impian.Kolam semalam adalah cermin, penunjuk arah kala bintang menghilang, pantulan kelam sang bulan terang, kita jadikan lorong mencipta bahagia.Telah kusambut salam kasihmu, dari kejauhan pagar larangan, menapak setapak janganlah sayang, tunggulah aku di pintu syurga.Di sini aku dipagari bunga kasihmu, menanti tibanya hari, pagar cinta terbuka, bersama mahar cinta sekalung setia.Janjimu ku kibar megah, diulit angin cinta, hiasan terindah taman kita, semoga datang sejahtera.apakah bunga-bunga teguh mekar di taman larangan?
bisa menghembuskan wangian iman?

Bernama perkahwinan itu
Ya Allah,

Tahukah engkau anugerah yang akan engkau terima dari Allah di akhirat kelak? Tahukah engkau pula balasan yang akan dianugerahkan kepada suami yang berlaku baik terhadap isteri mereka? Renungkanlah bahawa,dan pastinya tak mungkin ada buat mereka yang takut untuk mencuba


(tinta abang)
Melangkah ke kebun cinta
Melindungi keimanan
Melangkah ke kebun cinta
sekuntum mawar berduri
Kau Mawarku...Maizatul Akma

Untukmu Suamiku, telah bertahun lama ku tunggu lafaz akad ini, yang akan membimbing diri ku ke Jannah Allah. Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...Wahai suamiku, mari bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini... kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...
Wahai Allah, Engkau-lah saksi ikatan hati ini... Aku telah jatuh cinta kepada lelaki pasangan hidup ku, jadikanlah cinta ku pada suamiku ini sebagai penambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu, hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang semu, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. Jika dia rindu, jadikanlah rindu syahid di jalan-Mu lebih dia rindukan daripada kerinduannya terhadapku, jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap surga-Mu. Bila cintaku padanya telah mengalahkan cintaku kepada-Mu, ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu.
Suamiku.....
Suamiku......
Suamiku.......
tiada lagi harapan sebesar gunung
tiada rindu untuk ku layarkan
melainkan untuk pernikahan ini
bagai air mengalir
tiada perhentian
diuji manisnya senyuman..

Dulu hati ini terasa sunyi sepi Aku sedar siapa diriku ini
Aku hanyalah hambaMu yang hina dengan longgokan dosa
Hari-hariku tidak terlepas dari berbuat dosa
Ya Rahman,
Mungkin inilah ujian untukku dariMu
Sebagai kiffarah dosa-dosa yang pernah aku lakukan
Mungkin inilah juga dugaanMu Terpaksa ku hadapinya dengan bekalan iman yang masih bersisa Walaupun aku sedar
Jiwa ini terlalu kotor untuk menagih redhaMu..
Ya Ghafur,
Berilah aku kekuatan dan keteguhan iman
Untukku menepis dugaan cinta yang datang ini
Bantulah aku untuk bangkit dan bermujahadah
Melawan mainan perasaan ini
Tiada siapa yang layak membantuku tika ini
Melainkan Engkau,Ya Allah..
Ya Rabbul Izzati,
Teguhkanlah hatiku ini dengan kubu keimanan
Untukku serahkan cinta ini hanya padaMu
Untukku salurkan rindu ini hanya buatMu
Untukku sandarkan harapan ini hanya untukMu
Untukku mudah menggapai pohon redhaMu
Agar aku sentiasa mendapat belaian kasih sayang dariMu..
Ya Allah,
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Aku sedar dosaku menggunung tinggi tidak bertepi
Berkenankah Kau menerima doaku ini
Layakkah aku menerima cinta manusia
Sedangkan cintaMu masih belum kutemui..
Pintaku Ya Allah,
Berilah aku petunjuk dan hidayahMu
Agar aku bertemu dengan cinta yang mencintaiMu
Hadirkanlah seorang putera agama pilihanMu
Untuk bersama denganku menggapai redha dan cintaMu
Jangan biarkan maksiat mencemarkan kesucian yang dibina
Peliharalah hubungan cintaku dengan payung rahmatMu
Agar cinta yang dibina kekal bahagia dan abadi
Di destinasi syurga Firdausi..
Nabi saw. bersabda: Salah satu di antara kalian tidak beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri. (Shahih Muslim No.64)
Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.
(HR. Ath-Thabrani)

Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Yang tahu harga budi dan hati
seorang lelaki bernama suami
Yang kita janjikan


Diriku pasrah.... jika jodoh pada yang ananah, ijab kabul pada yang mananah, ukhwah dipatri pada yang hananah, kasih diberi pada yang hadaqah, cinta disulam pada yang baraqah, sayangnya aku pada yang syadaqah
Jadikanlah aku.... suami mithali
mendidik isteri bercakap benar, melatih isteri bersifat sabar
menyuruh isteri sentiasa bertaubat
bersyukur dengan segala nikmat
Isteriku kaulah bayang-bayangku....
Jiwa ini keliru.. Namun kugagahi jua kaki untuk terus melangkah.. Dek jiwa yang kekeringan ilmu..hatiku dibelai nafsu.. Keseronokkan duniawi yang kucari.. Titisan airmata diganti dengan hilai tawa.. Aku gembira bertemu ramai kawan.. Bertukar cerita..berkongsi masalah..