Sulit Menahan Sebuah Rasa

Isteriku, ketahuilah, Pernah suatu ketika dulu...

Abang sulit menahan pandangan mata ini ketika melihat mu... kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaianmu... dan tutupilah rambut hingga ke dada dengan kerudung yang membentang...

Abang sulit menahan pendengaran ini, ketika berbicara dengan mu.. Kerana kamu diamanahkan oleh Allah, suara yang merdu dengan irama yang mendayu..kerana itu tegaskanlah suara mu, tatkala berbicara di hadapan rijal..dan berbicaralah seperlunya sahaja..

Abang juga sulit menahan bayangan-bayangan hati mu... ketika dirimu dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati abang... waktu luang abang kadangkala akan sering terisioleh bayangan-bayangan mu...





Abang tahu diri ini insan lemah bila harus berhadapan dengan mu... kekerasan hati abang dengan mudah bisa luluh, hanya dengan senyum mu, hati abang akan bergetar ketika mendengar dan melihatmu menangis.

 
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada mu.. maka jagalah amanah itu, jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya..

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu, akan kelemahan hati abang ini... hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA, Kini Engkau telah menjadi halal bagi abang... Maha suci Allah...

Lalu apa yang telah abang lakukan selama ini.. YA Rabb, ampunilah daku... Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, untuk iman yang tak dipelihara... lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab...


Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik, kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami.. menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga...

Kecantikan seorang wanita


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. 
 
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Isteriku, engkaulah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan dirimu perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

 


Mahar Pernikahanku



"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.... Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Abang... Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam.. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang sedang baru dibina, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar diacah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama memilih isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang abang idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ibu dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang abang dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu abang..

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa abang juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang abang inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Aku memerlukan abang untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolong untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul.


"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) " 


Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa abang adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

 “Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya” 

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

....Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu...



Warkah Untuk Suamiku..


Suamiku, ketahuilah, pada dunia abang cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, abanglah duniaku, juga akhiratku.

Suamiku, aku mungkin tidak secantik mana.. tp ketahuilah.. untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah aku disia-siakan.

Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu.. janganlah abang terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula abang gunakan ia untukmembinasakan ku di suatu hari nanti.. tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah. akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..

Suamiku, aku pasti bangga mengandungkan dan melahirkan zuriatmu, dapat kurasakan seolah2 nadiku bersatu dengan nadi mu di saat dia membesar dalam rahimku, inilah hadiah terindah dariku untuk mu, tp..jangan pula kerana anugerah ini, abang menjauh, janganlah menyisihkan aku dan janganlah pula abang sia-siakan kami.. kasihilah kami dan kasihanilah kami seadanya kerana hanya abang tempat kami bernaung.

Suamiku, aku senang jika abang gembira dan aku sedih bila abang berduka..  namun, aku lagi senang jika abang tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku.. usah berselindung dariku, usah berahsia denganku.. kita hidup sebumbung dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.

Suamiku, aku suka melihat abang tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu.. namun, fahamilah.. aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 10 akal.. kadang2 aku leka, aku khilaf, maka.. janganlah kerana kekhilafanku itu, abang mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul… aku mohon agar kau bisa memaafkan aku..

Suamiku, aku isteri yang di ciptakan dari tulang rusukmu yang dekat dengan hati dan lenganmu, untuk dilindungi dan dikasihi.. bukan tercipta dari bahagian kepalamu untuk di sanjung dan bukan pula dari kakimu untuk abang pijak..  kasihilah aku seadanya..

Suamiku, aku tidak meminta istana sebagai rumah kita, intan berlian sebagai perhiasan atau wang berjuta sebagai cagaran.. aku Cuma meminta sedikit belas, sedikit perhatian, sedikit rasa kasih dan sedikit rasa cinta darimu… cukuplah sebuah tempat yang istimewa di hatimu untuk aku menumpang teduh dan bermanja.
Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu.. namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku… aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..

Suamiku… walau ke mana jua aku pergi, aku tidak pernah melupakanmu.. dan aku harap abang juga begitu… jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang datang meggoda.. jangan pernah lupakan aku di rumah yang sentiasa menantimu.

Suamiku, engkaulah syurga ku, yang selalu aku sayang dengan sepenuh jiwaku dan sanggup aku korbankan segala kebahagiaanku untukmu.. fahamilah.. tidak semua yang indah itu baik utk kita dan tidak semua yg busuk itu buruk utk kita.. kita hanya hamba Allah..

Terima kasih suamiku.

Isteriku...

Siapalah diri abang untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagi abang untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampu abang lafazkan, yang mampu abang laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Abang harap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

Isteriku Akma, Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana.

Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diri abang sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.